Pagi tadi telah dikejutkan oleh Uni sewaktu bersiap sedia untuk ke pejabat, sambil berkata "jom pergi breakfast,saya ada birthday gift untuk awak, kalau pergi awal dapat diskaun". Saya agak terpinga pinga dengan diskaun apa pagi pagi ini, kedai apa yang dibuka seawal pagi ini, saya masih tertanya tanya. Adakah Uni, nak beli IPad 2, book tiket untuk holiday, nak beli kereta Honda Insight? Ini adalah perkara yang telah disebut sebut dalam sebulan ini. Kemudian dia berkata, kita ke PKNS, PKNS pagi pagi ini?, saya bertanya nak beli rumah ke, jawapan nya "Ia". Hai rumah dah kan ada, nak buat apa lagi? satu teka teki yang pelik, dia kelihatan cuba menahan senyum. Malah pagi ini badan saya agak tak berapa sihat, deman, sakit tekak akibat bermain golf anjuran Global Peace Association semalam di KGPA, yang mana isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah yang merasmikan. Berbalik kepada cerita tadi, persoalan saya masih belum dijawab. Dalam perjalanan ke Komplek PKNS, Uni terus memandu ke kedai runcit dan meminta kad pengenalan saya. Sata bertanya lagi nak buat apa dengan IC. saya? dia sebut untuk di fotostat, bingung sungguh saya pada pagi ini.
Di dalam hati berkata, ini adalah hadiah hari jadi yang paling misteri yang akan saya terima, mungkin sesuai dengan tempatnya iaitu lagi 10 hari maka akan genap usia saya ketahap 5 series atau setengah abad, jadi ini munkin perlu "special". Saya melihat Uni semakin seronok melihat saya kelihatan gelisah dan musykil. Seperti biasa apabila saya tidak dapat mengawal situasi saya akan cuba mencari isu untuk dileterkan. Saya berkata, "saya tak suka awak membazir, saya dah tak perlu apa apa, yang ada semua dah mencukupi dan inilah masanya kita perlu menabung, anak anak dah masuk universiti, mereka perlu wang nak beli komputer, kos assignment dan field trip mereka lagi, bukan seratus dua ratus sebulan malah RM1000 sebulan seorang.
Apabila sampai ke Komplek PKNS Shah Alam, jam di dalam kereta menunjukkan hampir 8.30 pagi, kelihatan kawasan tersebut masih lengang kedai masih ditutup, malah tempat letak kereta pun banyak yang kosong...kebiasaannya adalah hampir mustahil untuk mendapatkan tempat kereta di situ. Masih tertanya tanya lagi manalah Uni nak bawa saya ke mana? Kami pun berjalan terus masuk kedalam Komplek tersebut. Berjalan sejauh 100 meter yang penuh misteri...tiba tiba Uni terus menuju ke Pejabat Tabung Haji..saya bertanya..sini ke? Ia jawabnya.....malah saya bertanya lagi.. awak nak buat apa? Nak buka akaun tabung haji..jawabnya. Ok..memang sebelum ini kami belum pernah buka akaun lagi....Nak pergi haji ke? atau nak buka akaun saya saya bertanya. Buka akaun saja..Uni terus mengambil dua nombor satu untuk dia dan satu untuk saya. Sambil mencari tempat duduk..saya bertanya..berapa jumlah wang yang diperlukan untuk buka akaun?..$1000.00 seorang katanya....Oh jadi inilah lah hadiah hari jadi saya, walaupun seribu dan tidak mencukupi untuk ke menunaikan haji, saya amat bersyukur...hati kecil berkata inilah adalah saat pertama perjalanan untuk menunaikan ibadah Haji. Jadi bukannuya IPad atau kereta seperti yang pernah disebut sebut dahulu..
Apabila nombor giliran dipanggil "1045" Uni pergi ke kaunter 3 dan beberapa saat kemudian "1046" dipanggil saya ke kaunter 1. Semasa proses membuka akaun dibuat, tiba tiba Uni, datang ke saya dan menyerahkan cek RM14000.00 untuk dimasukkan ke akaun saya. amatlah saya terkejut..rupanya yang cerita buka akaun RM1000.00 hanya baru trailer filem saja... bukan tayangan filemnya yang sebenarnya lagi...Perkara sebenarnya segala kos untuk menunaikan Haji telah diselesaikan oleh Uni. Selepas selesai urusan membuka akaun dan pembayaran... saya bertanya banyaknya duit, bukannya RM15000.00 tetapi RM30000.00 untuk kami berdua. Saya hanya tersenyum dan mengelengkan kepala tidak percaya. Saya bertanya adakah dia membuat pinjaman..Uni kata tidak..baguslah saya berkata. Malah saya berkata "untuk pergi haji ini tak baik untuk meminjam" haji ini adalah untuk mereka berkemampuan saja.
Ini adalah hadiah hari jadi saya yang paling bermakna dalam hidup yang sudah hampir mencecah 50 tahun..malah saya berasa bersalah..Sebagai lelaki dan ketua rumah segala usaha dan kos untuk menunaikan ibadah Haji ini adalah tanggungjawab saya.. tapi tak apalah kalau ada rezeki nanti tahun hadapan insyaalah kami sekeluarga akan pergi membuat umrah, persediaan sebelum menunaikan haji jika diizinkan oleh Allah S.W.T.
Sekiranya masih ada langit dan ada bumi pelbagai perkara ajaib boleh berlaku..walaupun ianya kemungkinan amat kecil untuk sesetengah orang..ianya adalah amat bermakna untuk kami berdua.. Thanks Uni..insyallah next year kita pergi Umrah sekeluarga..sebelum pergi menuanikan Haji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan