Rabu, 28 September 2011

Perubahan Masa

Hari ini hari yang kedua bermain main dan berlegar legar 'diantara bumi dan langit". Berbagai persoalan bermain di dalam fikiran.. malah terdapat berbagai perkara yang ingin diperkatakan dan disampaikan...namun hanya satu jam saja diperuntukan untuk menulis di dalam blog ini.  Semalam...beberapa pelajaran dan pengalaman dapat ditimba bersama sama pelajar pelajar periklanan. Lebih tiga tahun tidak mengajar kursus periklanan kerana berkhidmat di tempat lain...kelihatan begitu besar perubahan dan anjakan minda yang telah berlaku dikalangan pelajar yang rata rata berumur 21 tahun.  Kaedah SCL atau student centered learning digunakan sebagai pedagogi yang mana pelajar harus berinteraksi dan mengemudikan perbincangan dalam kuliah.  Antara perbincangan adalah mengenai perubahan hidup kesan pengaruh periklanan.  Rata rata jawapan yang diberi hampir kesemua menerima kehidupan dan gaya hidup secara barat...malah menerima ianya adalah cara hidup masa kini, perbincangan yang dianggap taboo dengan mudah dibincangkan.  Sebagai pensyarah, segala perubahan ini harus dilihat secara terbuka..kadangkala terpegun bagaimana pengaruh media boleh mengubah cara kita melihat, berkelakuan, berhubungan, pegangan.  Yakni..mereka yang berada di dalam industri media memiliki kuasa yang yang besar untuk membentuk topografi kehidupan akan datang..mereka ini adalah pemimpin, dan setiap pemimpin memiliki tanggungjawab...ibarat lukisan yang bernilai, disanjung dan dihargai untuk masa akan datang bergantung kepada pilihan warna dan lakaran yang dipaparkan di atas kanvas. 

Selasa, 27 September 2011

Hari Pertama

Sesuatu perkara yang baru kadang-kala amat sukar untuk dimulakan. Hari ini pertama kali cuba bermain dan menggunakan blog sebagai satu cara untuk berkongsi idea..tidak kira dengan siapa.. keluarga, kawan, pelajar dan ....  Agak melucukan apabila diminta untuk menamakan blog ini. Tiba tiba menjadi buntu..persoalannya apakah tajuk yang sesuai dan boleh difahami? Hati  kecil tiba tiba berkata.. gunakan apa yang terkeluar untuk pertama kali dari dalam fikiran... akhirnya "di antara bumi dan langit" muncul difikiran.  Persoalannya kenapa yang ini..tidak yang lain.  Mungkin perkara yang boleh dibicarakan apa saja diantara bumi dan langit.  Tertanya juga adakah catatan yang dibuat akan menjadi yang pertama atau yang terakhir.  Apa yang berlaku di masa depan tidak akan diketahui..tetapi percaya inaya bergantung dengan kesungguhan.  Kadang kala terfikir apa gunanya untuk berkata kata dan menyampaikan pandangan yang kadang kala kemungkinan melukai hati orang..bimbang juga jika yang di sebut nanti berunsur riak dan angkuh.  Tetapi tidak mengapa.. hanya percaya niat dan tujuan adalah untuk yang baik baik saja..mungkin ada perkara yang baik boleh menjadi ikutan yang tidak baik menjadi sempadan..