Rabu, 28 September 2011

Perubahan Masa

Hari ini hari yang kedua bermain main dan berlegar legar 'diantara bumi dan langit". Berbagai persoalan bermain di dalam fikiran.. malah terdapat berbagai perkara yang ingin diperkatakan dan disampaikan...namun hanya satu jam saja diperuntukan untuk menulis di dalam blog ini.  Semalam...beberapa pelajaran dan pengalaman dapat ditimba bersama sama pelajar pelajar periklanan. Lebih tiga tahun tidak mengajar kursus periklanan kerana berkhidmat di tempat lain...kelihatan begitu besar perubahan dan anjakan minda yang telah berlaku dikalangan pelajar yang rata rata berumur 21 tahun.  Kaedah SCL atau student centered learning digunakan sebagai pedagogi yang mana pelajar harus berinteraksi dan mengemudikan perbincangan dalam kuliah.  Antara perbincangan adalah mengenai perubahan hidup kesan pengaruh periklanan.  Rata rata jawapan yang diberi hampir kesemua menerima kehidupan dan gaya hidup secara barat...malah menerima ianya adalah cara hidup masa kini, perbincangan yang dianggap taboo dengan mudah dibincangkan.  Sebagai pensyarah, segala perubahan ini harus dilihat secara terbuka..kadangkala terpegun bagaimana pengaruh media boleh mengubah cara kita melihat, berkelakuan, berhubungan, pegangan.  Yakni..mereka yang berada di dalam industri media memiliki kuasa yang yang besar untuk membentuk topografi kehidupan akan datang..mereka ini adalah pemimpin, dan setiap pemimpin memiliki tanggungjawab...ibarat lukisan yang bernilai, disanjung dan dihargai untuk masa akan datang bergantung kepada pilihan warna dan lakaran yang dipaparkan di atas kanvas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan