Rabu, 12 Oktober 2011

Kenangan Lalu

Syukur alhamdullilah, hari ini genap usia aku mencecah setengah abad.  Tersenyum sendirian mendengar suara hati bahawa dengan kurnia kesihatan yang sedia ada dapat juga melihat angka lima puluh.  Pagi ini terfikir bagaimanakah caranya untuk merayakan ulangtahun ini...saya berpendapat cukuplah merayakannya dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.  Hari ni saya bercadang merayakan bersendirian..yaitu dengan mengimbas kembali perjalanan yang telah dilalui selama 50 puluh tahun yang lalu.

Sambil termenung bersendirian, perjalanan ini penuh dengan dugaan disusul dengan ranjau duri. Tak dinafikan juga kegembiraan yang dinikmati dengan segala kurnian yang telah diberi oleh Allah S.W.T. 

Teringat semasa zaman kanak kanak, terbayang bayang orang orang yang kita kasihi yang sekarang telah tiada.  Bagaimana kita dimanjakan dengan penuh kasih sayang , malah apa yang diingini akan dipenuhi.  Mengimbas kembali, mereka suka melihat telatah dan perangai semasa kecil, suasana ketawa dan girang kembali muncul.  Waktu itu sentiasa berfikir bahawa semua orang yang dikasihi ini akan sentiasa ada sampai bila bila...  Tidaklah terfikir bahawa satu hari mereka akan meninggalkan kita...kenangan akan tetap tinggal kenangan..segala ingatan, nasihat yang diberi sentiasa akan bersemadi di dada.

Teringat di sekolah kadang kadang seronok juga, saya  adalah school runner sekolah mewakili daerah.  Teringat semasa berlari berlumba berlawan dengan St John Institution (sekolah anak anak orang kaya pada waktu itu) saya terasa amat kerdil kerana hanya berlari berkaki ayam dan memakai seluar pendek dan bersinglet, mereka pula datang dengan track suit hijau yang cantik dengan logo sekolah malah menggunakan kasut 'spike'.  Alhamdullilah kami menang juga....hanya dengan kaki ayam.

Semasa disekolah saya bukan pelajar yang genius, tapi saya boleh mengakui saya "smart"...terutama dalam mengambil hati Cikgu. Saya teringat ada seorang guru bahasa melayu tingkatan tiga, di mana perangainya akan pasti meminta kami menjawab semua soalan yang ada dalam buku untuk bab yang telah diajar....Semasa kami menjawab beliau akan keluar dan duduk dibilik guru bersama guru guru yang lain. Semasa kawan kawan menjawab..saya hanya memerhatikan dan mengusik..sebab segala kerja tersebut telah saya diselesaikan dirumah..malah kesemua soalan dalam buku tersebut telah saya siapkan...  

Semasa kanak kanak ciri ciri usahawan itu ada juga, saya bersama kawan kawan membeli "board" tikam tikam di Setapak. Kami akan bawa tikam tikam kami untuk dijual, satu cubaan 10sen...hasilnya dapat lah keuntungan sebanyak $10.00. Waktu itu tak terfikir ianya adalah satu bentuk perjudian..malah orang orang dewasa yang ada disekeliling pada waktu itu tak ada yang datang menasihati kami dan beranggap ianya perkara biasa.  Hari ini tidak lagi kita melihat kedai menjual tikam tikam..tikam tikam yang hadiahnya adalah angpow, rokok 3 lima, cokelat, malah ada hadiah berbentuk jam juga. Begitulah keadaan telah berbeza..

Banyak lagi yang ingin saya ceritakan tentang kenangan yang lalu..mungkin ada masa nanti akan dicoretkan lagi peristiwa yang menjadi ingatan..

Khamis, 6 Oktober 2011

Masyarakat Yang Marah

Perkara yang ingin dicoretkan di sini adalah berkisar dengan "marah".  Dalam perjalanan untuk memenuhi tuntutan hakiki pada petang semalam iaitu perjalanan untuk ke kuliah, sebuah kereta Proton Waja wang dipandu oleh sesorang pemuda Melayu berumur 26 dengan tak sengaja atau sengaja telah melanggar "my old banger" Proton Iswara.  Berasa juga kekuatan hentaman oleh kenderaan tersebut.  Bayangkan jika tali pinggang tidak dipakai kemungkinan kepala boleh terhantuk di cermin depan, malah bagi mereka yang membawa anak kecil, (yang selalu saya perhatikan di antara tabiat orang orang kita) iaitu membenarkan anak kecil berdiri di kerusi hadapan tanpa tali keselamatan pasti akan berhadapan dengan padah dengan hentaman seperti yang saya alami itu.

Tanpa melengahkan masa saya memberhentikan kenderaan di tepi jalan sambil diikuti oleh kereta tersebut.  Di dalam hati berkata "apakah kata kata pertama yang perlu dikeluarkan apabila bersua muka nanti......adakah dengan maki hamum (kita tahu kita tak bersalah) atau pun bertanya khabar "Are you hurt..are you ok..?  Teringat semasa di England dahulu sewaktu belajar..apabila rakan sepengajian terlanggar kereta Mat Salleh...pertama yang ditanyakan Mat Salleh tersebut samada kita ada mengalami kecederaan atau pun tidak.  Ini adalah budaya yang saya hormati ..walaupun mereka bukan berugama Islam tetapi memiliki budi pekerti yang baik...pada mereka ini adalah kemalangan yang tidak ingin disengajakan..bagaimana kita cuba berhati hati di jalan raya, kemalangan tetap akan berlaku.  Atas nilai yang telah dipelajari tersebut maka sayapun lakukan sedemikian juga.  Bertanyakan khabar.. Saudara OK ke?  saya menyapa..kerut mukanya juga saya dah tahu pemuda tersebut cuba melakukan pendekatan "permusuhan".  Saya hanya melemparkan senyuman saja..sebelum beliau nak melemparkan kata kata maki hamun..saya terus berkata dengan beliau ..jangan bimbang kemalangan berlaku di mana mana tanpa sengaja..mungkin saudara tak perasan..akhirnya nya beliau tidak dapat berkata apa apa hanya terkelu dan terpingga pingga sahaja..hanya mengganguk persetujuan untuk menyelesaikan di luar sahaja.  Alhamdullilah tidak berlaku insiden insiden yang tidak manis.

Persoalannya kenapa kita perlu marah..saya melihat masyarakat kita begitu mudah untuk marah.  Marah di jalanraya, marah sebab traffic jam, marah di kedai makan kerana lambat dapat orde, marah melihat orang memakai kereta besar, marah melihat budak budak secara tidak sopan membawa kereta, marah kepada pemimpin, marah kepada ketua, marah kenapa tidak diberikan ganjaran, marah kepada kawan yang mendapat pangkat, marah kepada bayi luar nikah atas perbuatan mereka sendiri, marah kepada anak yang tidak cemerlang di sekolah..dan pelbagai lagi bentuk bentuk marah yang ada.  Malah perkara perkara kecil juga ingin dimarahi...seperti anak anak yang tidak gemar gosok gigi sebelum ke sekolah.

Kita harus ingat tidak semua manusia ingin di marahi...malah mereka akan menggunakan pelbagai  cara untuk tindak balas yang kadang kala tidak dapat di bayangkan bentuknya....ada yang senyap..ada yang membalas..ada yang menggunakan fizikal..malah yang kita takuti ada yang membunuh dan membunuh diri..

Sebenarnya marah ini adalah satu penyakit.  Setiap penyakit akan menyebabkan kehidupan kita tergganggu..kehidupan dari segi kesihatan..perhubungan keluarga..akibatnya kita akan mengalami stres..akibat stres..saluran atau pembuluh darah kita akan menjadi keras..dan mengakibatkan serangan sakit jantung, strok (angin akhmar) dan banyak lagi.  Pernahkah kita bertanya sebelum kita nak marah...adakah perkara ini berlaku disebabkan oleh kita sendiri juga..saya percaya, sedikit sebanyak, segala kemalangan, kejadian, hasil yang tidak baik, tidak  dinaikkan pangkat adalah akibat hasil dari perbuatan dari kita sendiri..walaupun andaian ini tidak disokong oleh mana mana penyelidikan saintifik.  Pernahkah kita terfikir apakah jalan penyelesaian yang terbaik..kalau anak anak tak cemerlang di dalam peperiksaan kemungkinan mereka tidak mendapat perhatian, tunjuk ajar yang sempurna..atau pun mereka di dalam golongan "slow learner" atau "late blommer".

Kita perlu menerima hidup ini sebentar saja...statistik dari WHO orang lelaki hidup disekitar 72 tahun dan wanita 76 tahun...bagi mereka yang sudah mencecah 50 tahun ini, kita hanya ada lagi lebih kurang 20 tahun saja lagi untuk menikmati kehidupan ini sambil berbakti..itu pun jikalau tidak ada apa apa yang berlaku..insyallah..

Nota: harap harap ramai yang gembira dengan Bajet yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri kita esok..

Selasa, 4 Oktober 2011

Pemimpin di antara kita

Pada hari ini, saya teruja untuk membicarakan berkaitan kepimpinan.  Setiap insan di dalam dunia ini adalah pemimpin, tidak kira tahap mana mereka berada...samada bekerja sebagai Perdana Menteri, wakil rakyat, Ketua Bahagian, CEO, Naib Canselor, Pensyarah, Kerani, pembantu am rendah, buruh dan sebagainya.  Setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab, tanggungjawab ini adalah amanah, amanah yang mana perlu di penuhi dengan sebaik baiknya.

Pemimpin dijadikan oleh Allah S.W.T adalah pelbagai, pemimpin yang mulia keperibadiannya, pemimpin yang boleh membimbing, pemimpin yang boleh mempengaruhi, pemimpin yang sentiasa membantu, pemimpin yang mampu memberi motivasi, pemimpin yang mampu merealisasikan visi menjadi kenyataan, pemimpin yang sanggup mengakui kesilapan, pemimpin yang berani mengamil risiko, pemimpin yang memenuhi segala janji yang dijanjikan, pemimpin yang mampu menyampaikan idea secara efektif, pemimpin yang sentiasa menunjukkan minat, pemimpin yang memberi 100% kepercayaan kepada pengikut yang telah dimanahkan, pemimpin yang sanggup duduk sama tinggi dan duduk sama rendah untuk mengetahui masalah pengikut mereka, pemimpin yang pemaaf, pemimpin yang menerima  kegagalan sebagai kunci kejayaan, pemimpin yang melihat warganya sebagai rakan kongsi, pemimpin yang mampu mengenepikan ego untuk belajar, pemimpin bijak pandai mengambil hati pengikutnya, pemimpin yang tidak bekerja bersendirian, dan pemimpin yang sanggup mewakilkan kerja beliau.  Malah senarai ciri ciri kepimpinan ini adalah teramat panjang untuk di coretkan, namun setiap pemimpin yang memiliki ciri ciri ini akan dihormati, disegani dan ingati selama selamanya. 

Di antara pemimpin yang saya hormati dan kagumi adalah adalah pemimpin yang sanggup melepaskan jawatannya demi prinsip walaupun masih ramai pengikutnya yang ingin beliau terus memimpin.  Pemimpin yang memiliki nilai nilai akan sentiasa  diingati kebaikannya generasi selepas generasi. 

Akhir kata "A great man is always willing to be little" - Ralph Waldo Emerson.  Yang bermaksud pemimpin tersohor tidak melihat sanjungan dan pujaan satu kemestian.  Ukuran kejayaan adalah pada produktiviti dan bukan untuk mengagungkan diri sendiri. Sentiasa merendah diri dan  syukur ke atas apa yang telah dikurniakan......selagi ada bumi dan langit pasti akan lahir pemimpin sejati.

Isnin, 3 Oktober 2011

Tidak akan hilang melayu di dunia

Beberapa hari yang lalu saya dijemput untuk menghadiri majlis perasmian MTEM yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak.  Sudah hampir 4 bulan saya tidak menghadiri majlis dan perhimpunan sebegini rupa setelah pulang ke Kuala Lumpur.  Saya telah dijemput oleh rakan rakan dari PERKASA yang telah membeli beberapa buah meja (walaupun saya bukan ahli Perkasa, tetapi amat menghargai dipelawa untuk mendengar amanat PM berkaitan kedudukan usahawan Melayu pada hari ini).  Rakan rakan saya ini juga kesemuanya adalah Ketua ketua Cawangan sebuah parti politik.  Majlis itu diadakan pada waktu malam di Dewan Universiti Perdana yang terletak di tengah tengah ladang MARDI.  Apabila sampai, dilihat begitu ramai manusia mungkin mencecah angka ribuan.  Pelbagai jenis insan yang datang, ada yang tua, perempuan, lelaki, yang berkerusi roda, kanak kanak yang baru berumur setahun.  Kelihatan mereka datang dengan penuh harapan, jelas dapat dilihat menerusi air muka dan sinar dari mata mereka.  Kemungkinan mereka ingin mengetahui adakah bangsa Melayu ini masih relevan atau masih kompetitif,  di dalam dunia yang penuh dugaan dan tipu muslihat.  Di dalam blog pada hari ini saya ingin membicarakan dua perkara "survival orang Melayu adakah masih relevan?" dan "sikap lupa diri".

Pada malam tersebut kami pergi menuju ketempat yang telah dikhaskan untuk kami, malangnya kesemua meja meja yang berada disitu diduduki oleh orang yang tidak dikenali, pada mula ada juga bisikan dari rakan rakan untuk meminta mereka yang tidak dikenali  beredar dari tempat tersebut.  Tetapi atas semangat tulus perjuangan, kami mengalah dan akhirnya berdiri di satu sudut untuk mendengar amanat PM.  Ada yang berkata kalau PM umumkan esok tarikh pilihanraya, maka pasti BN akan menang melihatkan sokongan dan ribuan manusia yang berada disitu.  Tetapi saya melihat ianya adalah satu kesilapan besar jika hanya menggunakan jumlah manusia sebagai ukuran sokongan.  Sebelum PRU 12 dahulu ribuan manusia yang datang ke komplek Belia Shah Alam sewaktu lawatan PM terdahulu, tetapi keputusannya Selangor jatuh ditangan pembangkang juga   Menang dan kalah adalah adat pertandingan, tetapi pertaruhan kali ini adalah "Survival orang Melayu".  Baca dengan teliti tuntutan Presidennya Dato Seri Chua So Lek, di dalam akhbar the Star 3hb Oktober yang mengariskan dengan jelas tuntutan perubahan yang diingin oleh MCA, akhbar Utusan Malaysia tidak melaporkan tuntutan tersebut tetapi hanya melaporkan, harapan Perdana Menteri supaya kita tidak mudah terpedaya. 

Kewujudan Melayu kelihatan seperti tidak dihormati lagi, kenapa...Melayu tidak ada kekuatan ekonomi, kekuatan yang ada pun diusahakan oleh PNB yakni oleh pakar pakar pelaburan Melayu yang bekerja disitu, pelabur Melayu hanya menunggu angka dividen saja, apabila dividen naik kita gembira apabila turun kita menyalahkan kerajaan.  Pelabur rata rata tidak mengamibl tahu syarikat mana yang dilaburkan, apa yang diusahakan dan oleh siapa?  Pelabur melayu harus mula "celik pelaburan" perlu mengambil tahu, yang baik disokong dan yang tidak ditegur..  Apabila PNB ingin menambah pegangan SP Setia, ianya telah dipertikaikan oleh pihak pihak tertentu.  Perlu ingat rata rata harga rumah yang dibina oleh pemaju amatlah mahal, pasti tidak ramai orang Melayu yang mampu membelinya, yang pasti adalah setakat melihat sahaja.  Bacalah buku the Tiger that Lost its Roar oleh Tony  Pua, Setiausaha Publisiti DAP, bagaimana beliau mengupas kedudukan ekonomi negara yang menggunakan segala fakta yang kelihatan tepat dari UNCTAD World Investment Report, World Federation of Exchanges, 4th-10th Malaysia Plans, UBS Investment Research, World Federation of Exchanges, World Bank, Syabas, Merrill Lynch dll.  Angka angka yang dinyatakan dalam buku tersebut adalah tepat,  yang ingin disoalkan adalah, adakah perbincangan yang menggunakan angka ini telah ditulis dengan adil atau diputar belitkan, hanya untuk memihak kepada satu satu pihak.  Bayangkan buku ini yang telah ditulis secara akademik dan ilmiah pasti memiliki kredibiliti yang akan dipercayai oleh semua pembaca. Apabila buku ini diedarkan di seluruh dunia, buku ini pasti menjadi "spectacle" atau "Window of Malaysia's Economy"  yang kelihatan mewakili suara kedudukan sebanar ekonomi negara.  Secara langsung dan tidak langsung akan menghalang peningkatan FDI negara yang menjadi rebutan negara negara membangun. 

Melayu perlu bangkit, perlu bangun dari perkara remeh temeh yang sentiasa menghantui dan membelenggu permuafakatan kita.  Isu hudud dibangkitkan sedangkan undang undang telah ada yang salah dihukum yang tidak di bebaskan, hanya pelaksanaan agak berbeza.., isu Anwar harus diketepikan, biar dia diadili oleh undang undang,  yang pasti "survival orang melayu" harus diutamakan dahulu.

Isu satu lagi yang ingin saya bangkitkan adalah isu sikap lupa diri.  Apabila Tun Mahathir berkata di dalam akhbar hari ini bahawa BN akan menanag besar jika  kepentingan diri tidak diutamakan adalah benar sama sekali...atau BN mustahil untuk menang jika perasaan taksub pada pemimpin tertentu dan tidak boleh menerima pemimpin yang lain, hasad dengki, dan sabotaj antara sesama sendiri.  Saya tidak banyak pengalaman berbincang dengan penyokong penyokong yang rata rata dari cawangan cawangan.  Kadang kala hanya di jemput menjadi ahli "think tanks" peringkat nasional, perkara yang dibincangkan hanyalah berkisar tentang dasar dan polisi saja.  Tetapi apabila diberi peluang berinteraksi dengan ketua ketua cawangan dan ahli ahli jawatankuasa cawangan, maka gambaran yang disebut oleh Tun semakin menjadi jelas.  Perbincangan hanyalah berkisar tentang siapa orang orang Ketua Bahagian, siapa macai macai mereka, kalau bukan akan dicantas.  Malah agihan peruntukan juga dibualkan..isunya ada yang dapat lebih ada yang tidak dapat langsung.  Tidak ada langsung perbincangan berkisar atas amanat Perdana Menteri, tidak ada perbincangan mengenai survival Melayu.  Bukanlah bertujuan untuk membuka pekong di dada, tetapi perlu mengambil iktibar dengan penuh keinsafan.  Jika kalah,  perbincangan ini tidak lagi relevan, hanya keadaan dan masa yang akan menentukan samada "tidak akan hilang melayu didunia ini".. Seandainya dunia dan bumi masih ada, orang melayu masih ada masa untuk melakukan sesuatu...

Ahad, 2 Oktober 2011

Pemberian dan Cahaya

Pagi tadi telah dikejutkan oleh Uni sewaktu bersiap sedia untuk ke pejabat, sambil berkata "jom pergi breakfast,saya ada birthday gift untuk awak, kalau pergi awal dapat diskaun". Saya agak terpinga pinga dengan diskaun apa pagi pagi ini, kedai apa yang dibuka seawal pagi ini, saya masih tertanya tanya.  Adakah Uni, nak beli IPad 2, book tiket untuk holiday, nak beli kereta Honda Insight? Ini adalah perkara yang telah disebut sebut dalam sebulan ini.  Kemudian dia berkata, kita ke PKNS,  PKNS pagi pagi ini?, saya bertanya nak beli rumah ke, jawapan nya "Ia".  Hai rumah dah kan ada, nak buat apa lagi? satu teka teki yang pelik, dia kelihatan cuba menahan senyum.  Malah pagi ini badan saya agak tak berapa sihat, deman, sakit tekak akibat bermain golf  anjuran Global Peace Association semalam di KGPA, yang mana isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah yang merasmikan.  Berbalik kepada cerita tadi, persoalan saya masih belum dijawab. Dalam perjalanan ke Komplek PKNS, Uni terus memandu ke kedai runcit dan meminta kad pengenalan saya.  Sata bertanya lagi nak buat apa dengan IC. saya? dia sebut untuk di fotostat, bingung sungguh saya pada pagi ini. 

Di dalam hati berkata, ini adalah hadiah hari jadi yang paling misteri yang akan saya terima, mungkin sesuai dengan tempatnya iaitu lagi 10 hari maka akan genap usia saya ketahap 5 series atau setengah abad, jadi ini munkin perlu "special". Saya melihat Uni semakin seronok melihat saya kelihatan gelisah dan musykil.  Seperti biasa apabila saya tidak dapat mengawal situasi saya akan cuba mencari isu untuk dileterkan.  Saya berkata, "saya tak suka awak membazir, saya dah tak perlu apa apa, yang ada semua dah mencukupi dan inilah masanya kita perlu menabung, anak anak dah masuk universiti, mereka perlu wang nak beli komputer, kos assignment dan field trip mereka lagi, bukan seratus dua ratus sebulan malah RM1000 sebulan seorang.

Apabila sampai ke Komplek PKNS Shah Alam, jam di dalam kereta menunjukkan hampir 8.30 pagi, kelihatan kawasan tersebut masih lengang kedai masih ditutup, malah tempat letak kereta pun banyak yang kosong...kebiasaannya adalah hampir mustahil untuk mendapatkan tempat kereta di situ. Masih tertanya tanya lagi manalah Uni nak bawa saya ke mana?  Kami pun berjalan terus masuk kedalam Komplek tersebut. Berjalan sejauh 100 meter yang penuh misteri...tiba tiba Uni terus menuju ke Pejabat Tabung Haji..saya bertanya..sini ke? Ia jawabnya.....malah saya bertanya lagi.. awak nak buat apa? Nak buka akaun tabung haji..jawabnya. Ok..memang sebelum ini kami belum pernah buka akaun lagi....Nak pergi haji ke? atau nak buka akaun saya saya bertanya. Buka akaun saja..Uni terus mengambil dua nombor satu untuk dia dan satu untuk saya.  Sambil mencari tempat duduk..saya bertanya..berapa jumlah wang yang diperlukan untuk buka akaun?..$1000.00 seorang katanya....Oh jadi inilah lah hadiah hari jadi saya, walaupun seribu dan tidak mencukupi untuk ke menunaikan haji, saya amat bersyukur...hati  kecil berkata inilah adalah saat pertama perjalanan untuk menunaikan ibadah Haji.  Jadi bukannuya IPad atau kereta seperti yang pernah disebut sebut dahulu..

Apabila nombor giliran dipanggil "1045" Uni pergi ke kaunter 3 dan beberapa saat kemudian "1046" dipanggil saya ke kaunter 1.  Semasa proses membuka akaun dibuat, tiba tiba Uni, datang ke saya dan menyerahkan cek RM14000.00 untuk dimasukkan ke akaun saya. amatlah saya terkejut..rupanya yang cerita buka akaun RM1000.00 hanya baru trailer filem saja... bukan tayangan filemnya yang sebenarnya lagi...Perkara sebenarnya segala kos untuk menunaikan Haji telah diselesaikan oleh Uni. Selepas selesai urusan membuka akaun dan pembayaran... saya bertanya banyaknya duit, bukannya RM15000.00 tetapi RM30000.00 untuk kami berdua.  Saya hanya tersenyum dan mengelengkan kepala tidak percaya.  Saya bertanya adakah dia membuat pinjaman..Uni kata tidak..baguslah saya berkata.  Malah saya berkata "untuk pergi haji ini tak baik untuk meminjam" haji ini adalah untuk mereka berkemampuan saja.

Ini adalah hadiah hari jadi saya yang paling bermakna dalam hidup yang sudah hampir mencecah 50 tahun..malah saya berasa bersalah..Sebagai lelaki dan ketua rumah segala usaha dan kos untuk menunaikan ibadah Haji ini adalah tanggungjawab saya.. tapi tak apalah kalau ada rezeki nanti tahun hadapan insyaalah kami sekeluarga akan pergi membuat umrah, persediaan sebelum menunaikan haji jika diizinkan oleh Allah S.W.T. 

Sekiranya masih ada langit dan ada bumi pelbagai perkara ajaib boleh berlaku..walaupun ianya kemungkinan amat kecil untuk sesetengah orang..ianya adalah amat bermakna untuk kami berdua.. Thanks Uni..insyallah next year kita pergi Umrah sekeluarga..sebelum pergi menuanikan Haji.