Selasa, 27 September 2011

Hari Pertama

Sesuatu perkara yang baru kadang-kala amat sukar untuk dimulakan. Hari ini pertama kali cuba bermain dan menggunakan blog sebagai satu cara untuk berkongsi idea..tidak kira dengan siapa.. keluarga, kawan, pelajar dan ....  Agak melucukan apabila diminta untuk menamakan blog ini. Tiba tiba menjadi buntu..persoalannya apakah tajuk yang sesuai dan boleh difahami? Hati  kecil tiba tiba berkata.. gunakan apa yang terkeluar untuk pertama kali dari dalam fikiran... akhirnya "di antara bumi dan langit" muncul difikiran.  Persoalannya kenapa yang ini..tidak yang lain.  Mungkin perkara yang boleh dibicarakan apa saja diantara bumi dan langit.  Tertanya juga adakah catatan yang dibuat akan menjadi yang pertama atau yang terakhir.  Apa yang berlaku di masa depan tidak akan diketahui..tetapi percaya inaya bergantung dengan kesungguhan.  Kadang kala terfikir apa gunanya untuk berkata kata dan menyampaikan pandangan yang kadang kala kemungkinan melukai hati orang..bimbang juga jika yang di sebut nanti berunsur riak dan angkuh.  Tetapi tidak mengapa.. hanya percaya niat dan tujuan adalah untuk yang baik baik saja..mungkin ada perkara yang baik boleh menjadi ikutan yang tidak baik menjadi sempadan.. 

1 ulasan:

  1. Selamat berblog kepada Prof Dr Azizul,...jgn jadi macam saya, tulis panjang lebar - malam sampai ke pagi, bila baca semula, takut dah tentu ada yang terasa, terus hide.. supaya orang tak boleh baca...buat penat je tulis.. tapi sekurang-kurangnya hati lega - walaupun luahan hanya menerusi tulisan...b.t.w. nama blog tu best jugak..

    BalasPadam